Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat. Individu berkeperluan khas yang berada dalam Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di Malaysia merupakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme dan Hiperaktif.
Kurikulum Kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan murid-murid PKBP. Ini adalah kerana tahap pencapaian pendidikan murid-murid PKBP secara amnya amat rendah, dan peningkatan pencapaian adalah perlahan dan minimum. Objektif yang terdapat dalam kurikulum sedia ada pula terlalu tinggi untuk murid PKBP menguasai kemahiran yang sesuai dengan tahap keupayaan masing-masing.
Oleh itu terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus, dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid PKBP. Perancangan dan penggubalan kurikulum PKBP mengambil kira kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan:

“Seseorang murid dengan keperluan khas adalah
boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung
kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal
perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan
Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak
untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut; murid yang cacat anggota
tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa; dan murid yang mempunyai
pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal
yang berat.”
Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
Oleh itu, kurikulum PKBP perlu dibina supaya pembelajaran yang diperoleh di dalam bilik darjah dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian. Kurikulum PKBP juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum kepada murid-murid PKBP supaya mereka dapat berfungsi sebagai individu yang berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat.
Kurikulum PKBP ini mengandungi matlamat, objektif, model konseptual kurikulum, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, tempoh pendidikan, pengurusan ruang pengajaran dan pembelajaran, penilaian serta rekod perkembangan kemajuan murid, dan bidang pembelajaran. Huraian kurikulum disediakan bagi menjelaskan lagi cara pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid bermasalah pembelajaran.
Kejayaan pelaksanaan kurikulum ini memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat dengan PKBP untuk menghayati kandungan kurikulum sesuai dengan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas supaya tercapai hasrat untuk melahirkan murid yang dapat menjalani kehidupan bermakna.

Kurikulum PKBP bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna.
- mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna
- mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian
- mempunyai kemahiran dan ketrampilan ke arah kehidupan berkerjaya
- menjaga kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna
- memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tata susila masyarakat majmuk
- mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam
- mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
- memahami perkembangan jasmani dan menguasai kemahiran motor untuk melibatkan diri dalam aktiviti riadah
- mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya
- bersedia mengembangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda